Aku tengok ramai rakyat Malaysia yang kreatif. tak kisah lah kreatif kot mana pun tapi pokok pangkalnya kreatif. Tapi sayang ribu kali sayang banyak kelebihan kreatif yang ada ni tak digunakan sebaik nya. Banyak yang digunakan untuk ruang yang gelap tidak mendatangkan manfaat kepada sesiapa sebaliknya mendatangkan kemusnahan atau perpecahan.
Aku jumpa video agak lama juga lah. Video bagaimana kaedah mempromosi Sukan Olimpik London dahulu. Video ini simple sahaja. Tiada kesan khas tiada lakonan melampau hanya mengeksploit bekas pemain bola sepak bertaraf selebiriti iaitu David Bechkam.
Tekniknya mudah , mainkan emosi kasih sayang,. to love each other. Asalnya diadakan sesi bergambar untuk warga Britain , pakai baju ada tulis Support Team Great Britain dan tak lupa ada logo Adidas.
Bila sesi bergambar tidak perlu protocol sesuai dengan trend kini iaitu teknik bebas. Menonjolkan suasana gembira. Sehinggalah elemen kejutan dimasukkan iaitu apabila David Beckham masuk. Semuanya menjerit dan ada yang menitis air mata kegembiraan berjumpa dengan David Beckham.
Benda yang aku cuba nak timbulkan kat sini adalah, takde ke satu video di Malaysia yang Kerajaan keluarkan style camnie? Aku rujuk Kerajaan sebagai alat penyebar perpaduan dan bukan aku berminat video politik dan sebagainya.
Negara ini melalui Kerajaan banyak kempen banyak dasar banyak polisi yang membantu rakyat just name it , BR1M , KR1M, BB1M, dan pelbagai lagi produk 1 Malaysia. Tapi kenapa bila tang promosi tidak ada elemen kasih sayang yang ditonjolkan kepada rakyat. Sebaliknya menampakkan class di mana Kerajaan kelas atasan membantu rakyat class bawah sikit. Walaupun aku percaya bukan itu niat Kerajaan tapi sesuatu perlu dilakukan oleh orang yang ada dalam system Kerajaan supaya pembaharuan boleh dilakukan dalam mempromosikan sesuatu.
Kalau cara lama dikekalkan maka segala benda baik yang Kerajaan laksanakan sukar mendapat sokongan. Satu lagi, ubahkanlah pendekatan meletakkan "orang lama" sahaja untuk menguruskan urusan marketing dan promosi. aku cadang biarlah gabungan orang lama dan orang muda sama-sama berganding bahu untuk membantu Kerajaan membuat promosi.
BANYAKKAN ELEMEN KASIH SAYANG BUKAN ELEMEN MENUNJUKKAN AUTHORITY BARU RAKYAT SAYANG
- hanya pandangan sesiapa sahaja boleh untuk tidak bersetuju -
No comments:
Post a Comment