Friday, 18 April 2014

DEMONSTRASI , JIHAD DAN OBAMA



Harini masa nak solat Jumaat di Masjid Tabung Haji aku tengok semacam je para jemaah. Ada yang berpakaian seakan-akan sama dan ada yang membawa lipatan kain mungkin kain rentang yang dan juga macam sepanduk tapi tak tau apa bendanya.

Pedulikkan lah.

Tapi kemudian lepas solat Jumaat aku tengok kumpulan yang "semacam" ni berkumpul di satu kawasan dengan tertib dan kemudian datang sekumpulan wanita bertudung labuh datang menyertai mereka juga dengan tertib. Mereka kemudian berada dalam satu laluan tanpa masuk ke ruang jalan raya.

Betullah kain rentang yang aku sangka tadi dan sepanduk mula di "tayang"kan untuk tontonan umum. Aku pun baca semua kain rentang dan sepanduk yang dibawa.. Oooh rupanya nak bantah Obama datang Malaysia. Akuu rasa aku nak turut serta dalam demo tersebut nak tengok macammana ianya berlangsung.

Apa yang aku nampak

- aku tabik PDRM, dia bantu peserta demo yang dengar kata
- peserta demo pun disiplin dan tidak melampaui batas
-laungan kata-kata semangat pun tidak yang berunsur menghina atau mencarut
-tertib 
-lepas serah memorandum yang ketuanya bersama kumpulan yang ramai kemudian mereka bersurai sepertimana katanya yang telah dijanjikan dengan PDRM


Ada beberapa isu yang aku nak share harini berkaitan dengan apa yang dah berlaku masa demo tadi mungkin ada yang bersetuju ada yang tidak bersetuju.

Masa laungan-laungan tadi ada yang kata kita perlu berjihad menentang kezaliman dan kekejaman Amerika Syarikat. Aku setuju dan tidak setuju. Dalam hal ini kita perlu memberi pendidikan tentang jihad. Persepsi ramai disni banyak merujuk kepada jihad yang kerja nak membunuh orang bukan Islam. Pada zaman sekarang cukuplah imej Islam yang dilihat sebagai ganas, miskin, kurang berpendidikan dan kurang segalanya walaupun dikatakan Islam.

Mungkin selepas ini kita boleh laungkan dan didik umat Islam di Malaysia tentang cabang-cabang jihad yang lain. Jihad menuntut ilmu, jihad ekonomi, jihad menjuarai sikap dan tingkahlaku yang baik, jihad dalam meningkatkan peraturan hidup yang lebih baik, dan lain-lain amalan-amalan hidup mulia yang lain.

Kita kena berhadapan dengan realiti, ekonomi siapa kawal, ilmu walaupun asalnya dijuarai oleh Islam tetapi sekarang siapa yang manipulasikan ilmu dan mengawal ilmu, trending gaya hidup yang dikatakan moden datang dari sebelah mana, ilmu persenjataan dan perang siapa yang sedan menjuarainya?

Kita kena jihad perkara-perkara ini dulu baru kita fikir nak lawan Amerika Syarikat. Belajar dari musuh dan sesuaikan dengan nilai Islam baru kita fikir nak lawan mereka. Kalau tidak hanya tinggal suara dan laungan sahaja. 

Selain isu jihad, Melayu Islam kita kena bersatu dahulu dan berjihad untuk bersatu, Perbezaan pendapat adalah perkara biasa tapi jangan kita jadikan perbezaan itu sebagai alasan untuk tidak bersatu. Cari titik persamaan dan bangkitlah bersatu Melayu Islam di Malaysia. Bila dah bersatu jangan pula lupa sahabat-sahabat lain yang bukan Islam. Jangan ditindas mereka. Kita kena tunjuk contoh dan teladan yang baik kepada mereka.

Selain itu, aku juga lihat bagaimana ada sedikit perubahan dalam tatacara "menunjuk perasaan" di Malaysia. Demo tadi adalah contoh bagaimana bila ada peraturan disertakan dengan kesedaran tanggungjawab awam yang tinggi maka semuanya boleh berlangsung dengan baik. Baru aku nampak niat sebenar PM Najib biarkan orang berdemo dan menyuarakan pandangan cumanya aku taknampak niat baik pihak-pihak tertentu yang ingin membuat demo kemudian tak ikut peraturan yang ditetapkan. Bagi mereka kebebasan berhimpun adalah mutlak dan tidak perlu menghormati pihak berkuasa. PADA AKU ITU SALAH SAMA SEKALI.

Masih aku ingat masa demo-demo dulu, PDRM dah banyak berubah, PDRM pulak yang kena belasah sekarang, majlis tahun baru kena sabotaj (masa malam tahun baru 2014) - tu pun macam takde apa-apa tindakan. Then masa demo blackout aku dok teringat - satu contoh klasik sekumpulan rakyat Malaysia yang dikatakan bijak berkumpul di satu kawasan melaung-laungkan perkara yang mereka sendiri tidak tahu dan tiada bukti. Benda apa tu ya?

Apa lagi kalau bukan cerita BLACKOUT dengan PENGUNDI 40,000 BANGLADESH

Kesian pada mereka ni akibat kejayaan pihak tertentu menggunakan pengaruh media separuh sedar untuk tujuan penipuan. Sedih bila rakyat Malaysia yang hebat boleh mempercayai sesuatu yang tidak pasti.

Cakap benda yang tak pasti ni tiba-tiba teringat lagu M. Nasir yang bertajuk BUKALAH HATIMU

KALAU NAK TAHU CERITA MESTI TAHU TAJUKNYA
KALAU TAK FAHAM BERTANYA
JANGAN HENTAM KEROMO
TAKUT TERSALAH TARIK
NAK TARIK ULAR LIDI TERTARIK NAGA
HITAM CAMPUR PUTIH KELABULAH

#okbai




No comments:

Post a Comment