Wednesday 16 April 2014

DAHULU DI SAYANG KINI DITENDANG - ITU LAH KHALID IBRAHIM


Abdul Khalid Ibrahim ni bukan orang yang bodoh yang tak tahu apa2 tentang pentadbiran. Mempunyai kelulusan pernah menjadi pensyarah dan juga mengetuai syarikat besar dalam Malaysia. Dia juga pernah menjadi penasihat kepada pelbagai Kerajaan negeri dalam hal pembangunan ekonomi. Tapi itu dulu.

Kemudian dia mengejutkan ramai pihak apabila membuat keputusan untuk bersekongkol dengan Anwar Ibrahim. Masa itu imej Anwar dilihat agak hebat apabila individu macam Khalid Ibrahim menyertai parti yang berjuang untuk diri, isteri dan anak-anak. Masih lagi segar dalam ingatan bila Khalid Ibrahim mencanangkan bahawa dia akan membawa satu pembaharuan selepas dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

Masa itu ramai yang angkat beliau sebagai seorang yang telus dan patuh kepada semua prinsip tadbir urus yang baik, ketelusan dan sebaginya. Kemudian dalam tempoh pentadbirannya, kononnya ramai yang menyatakan bahawa pentadbiran Khalid Ibrahim lebih baik dari sebelum, banyak simpanan yang dibuat oleh Kerajaan Selangor, tiada rasuah (kononnya), PBT di Selangor semakin cekap (kononnya) dan pelbagai lagi "kebaikan" yang digembar gemburkan.

Dalam tempoh itu juga berlaku "pergaduhan" antara Kerajaan Negeri dengan Syabas berhubung dengan isu air. Tapi bukan itu nak disentuh secara mendalam dalam penulisan kali ini. Sampai lah nak PRU13 di mana ada usaha dalam senyap pihak tertentu yang nak menjatuhkan Khalid Ibrahim sehinggakan beliau menukar kawasan bertanding di Pelabuhan Klang. Kalau kawasan Parlimen Bandar Tun Razak takyah cakap lah. Orang sana tahu apa Khalid Ibrahim buat di kawasan parlimen tu.

Sehinggalah isu beliau menandatangani MOU berhubung hal air di Selangor. Satu pihak menyatakan beliau telah membawa perubahan dalam corak berpolitik di Malaysia. Boleh bekerjsama walaupun berlainan ideologi. Sebelum itu timbul pula isu pemecatan beberapa pegawai PKNS dan juga membuat keputusan yang tidak memihak kepada Azmin (kena return kereta PKNS tu...)

Kini PKR di ambang pemilihan pucuk pimpinan yang baru. Khalid yang dulunya disanjung dan dipuji kini dihina dan didedahkan dengan bermacam-macam perkara tidak elok. Orang DAP , PAS dan PKR sendiri dah mula mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak elok kepada Khalid Ibrahim.

Mana pergi pujian melambung dan semua kata-kata indah terhadap Khalid Ibrahim. Khalid Ibrahim dituduh mengggunakan media Kerajaan Negeri (tapi dinafikannya) untuk kempen Timbalan Presiden PKR. Ada dah mula mengkritik pelan pemberian air percuma dari kalangan Pakatan dan di dalam DUN Selangor lagi. Ada pula yang persoalkan dana mana yang digunakan untuk menanggung pegawai khas isteri Khalid Ibrahim.

Cukup lah kita tengok dengan penglibatan Khalid Ibrahim yang dikatakan Pengarah Pilihan Raya Kecil Kajang. Berapa kerat sangat waktu yang dia luang semasa kempen PRK Kajang. Kemudian boleh tengok berapa kali Khalid dengan Azmin berada dalam satu majlis yang sama masa kempen PRK Kajang.

Nasib baik Anwar Ibrahim tak jadi bertanding di Kajang, kalau dia bertanding dan jadi MB, tamatlah karier politik dia dengan lebih awal. Sekarang pun dapat dilihat dengan jelas ramai tidak menghormati Khalid Ibrahim lagi.

Aku tak hairan kalau Khalid Ibrahim keluar parti nanti atau berhenti terus dari politik. Cara dia yang kurang berpolitik berbanding kumpulan rakus dalam PKR menyebabkan dia akan diketepikan. Pengasas-pengasas KeADILan yang dulu tu pun tinggal Anwar Azmin Azizah dengan Izzah je. PKR tidak akan bertahan lama hanya tunggu masa sahaja.


No comments:

Post a Comment