Monday 14 April 2014

AIR - PARTI dulu ke RAKYAT dulu





Allah SWT bekalkan kita air..anytime Dia boleh tarik balik. Kita manusia kena bertanggungjawab gunakan air. Sebagai umat manusia yang hidup beragama dan mempunyai undang-undang yang mengawal pengurusan air perlu ada. Tak boleh buat sukahati je wei walau air tu "percuma".

Perancangan pengurusan air terutama di Selangor perlu dilakukan untuk jangkapanjang bukan untuk jangka pendek atau tujuan politik. Dulu dah terbukti bila pengurusan bekalan air kerajaan yang uruskan tak mencapai objektif. So diswastakannya. Banyak kos pembaikan paip, loji pengurusan pembayaran bil menjadi semakin cekap tapi tidak lah sempurna. Namun masih ada ruang untuk dibaiki..

Sejak orang lain jadi Kerajaan Selangor pengurusan air katanya hendak ditransformasikan. Pengurusan air dikatakan boleh jadi lebih baik dari yang sedia ada. Maka rakyat pun bertempik seronok ditambah pulak ada air percuma walaupun ada juga kediamaan yang tidak menerima air percuma.

Pelik apabila pengurusan yang cekap dikatakan hendak dilaksanakan tetapi lain yang menjadi kenyataan. Walaupun ada yang telah menerima air percuma tetapi Kerajaan Negeri dan syarikat swasta yang urus air asyik bertelagah. Masing-masing mengakui mereka di pihak yang betul.

Akhirnya muncul idea nak buat prohek Langat 2. Projek ni simple sahaja, Selangor pesat membangun, kawasan perindustrian ada, kawasan perumahan baru ada, sekolah belambak, pusat membeli belah bersepah. Selangor dan Kuala Lumpur jadi tumpuan. Disebabkan keadaan tu, maka Kerajaan Pusat pun cadang nak buat satu projek nak tingkatkan bekalan air di Lembah Klang. tu lah dia jadi projek Langat 2. Air kat Pahang nak salur ke Selangor khususnya tempat tumpuan bukannya area Sabak Bernam ke apa ke...

Punyalah Kerajaan Selangor mula-mula taknak setuju projek tu dikatakan air cukup sampai 2019. Then berlaku masalah bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur. menggelabah. Nasib baik MB Selangor nak sign MOU dengan Kerajaan Persekutuan. DEMI RAKYAT. DEMI NEGARA.

Tapi adalah rakan-rakan MB yang kemudiannya mengutuk tindakan MB tu katanya membelakangkan parti. Wehhh mana lagi penting, rakyat ke parti? Dahlah dulu taknak sign dah punya lama tangguh dah susah baru sibuk..Tu pun ada lagi nak tunjuk kuasa PARTI lagi utama dari RAKYAT.

Wahai manusia yang sibuk dengan kuasa dan politik sendiri, fikirkanlah masalah rakyat sama. Bukan sahaja masalah air menganggu kehidupan seharian, business pun susah nak jalan kalau dua hari ada air dua hari takde air. kos meningkat kalau business tak jalan....

- kalau dah berlaku masalah air orang tak kisah ko parti apa janji masalah selesai-


No comments:

Post a Comment