Thursday, 17 April 2014

APA YANG KO FIKIR TU - MH370 dan Mendiang Karpal Singh


Semalam sebelum tidur aku dapat berita tak baik. Karpal Singh terkorban dalam kemalangan. Lepas aku dapat berita tu macam-macam aku fikir apa yang akan keluar dari blog dari akhbar dan yang paling ditunggu kenyataan dari ahli parlimen / ahli politik/ NGO. Seperti yang dijangka pasti ada kenyataan yang mengarut macam penghasilan teori-teori konspirasi, kenyataan-kenyataan menghina dan sebagainya.

Woii  ni cerita orang meninggal la jangan lah kita lebih pandai dalam macam-macam hal. Sebut pasal orang meninggal teringat masa mula-mula MH370 hilang dulu. Macam-macam kenyataan dari pelbagai sumber media yang kita boleh lihat semua boleh tengok sendiri ada yang mengina, memberi pendapat dan juga mendoakan yang terbaik.

Tak boleh kita tukar perangai kita, bawak kepada yang baik. Aku terjumpa satu edaran Whatsapp kononnya ada pemimpin Pas dan ketuai majlis langkah mayat Karpal Singh. Aku tak percaya benda tu, mungkin stereotaip bila kata UMNO buat tapi aku taknak cakap tu sebab aku takde bukti. Sesiapa saja boleh karang benda-benda camtu. Macam masa MH370 ada Whatsapp kata kapal dah mendarat lah apa lah..Tapi yang tu ada yang percaya bulat-bulat.

Dalam kes Karpal Singh, yang sudah tu sudah lah. Kita kena pandang ke hadapan. Nak berpolitik teruskanlah tapi aku percaya ada pihak yang cuba membawa rakyat Malaysia ke lembah kebodohan. Berpolitik melampaui batas. 

Malaysia berada dalam kedudukan paling rapuh kini. Senang-senang saja pihak luar nak melagakan kita semua. Tak perlu nak hantar tentera cukup dengan menghantar maklumat palsu untuk mewujudkan keadaan huru-hara. Isu MH370 yang masih tak selesai telah cukup dibebani dengan pelbagai teori dari kumpulan kononnya pakar. Harini pun cukup dengan pelbagai teori dikaitkan dengan kemalangan Karpal Singh.

Kita kena balik kepada, biar pakar menjalankan tugas, kita boleh persoal tapi disebabkan kesenangan hidup di Malaysia dan kemewahan yang ada masa pun banyak kita mempunyai masa untuk reka pelbagai teori dan cerita palsu. Harini A hanyalah seorang pegawai pentadbir tapi dalam alam maya dia "pakar penerbangan" pula.

Harini kita reka teori dan cerita tak baik pasal MH370 esok kita reka teori dan cerita tak baik pasal Karpal Singh nanti orang lain reka teori dan cerita tak baik bila kita mati. Aku nak ajak korang berhati-hatilah dalam mendapatkan maklumat jangan baca satu sumber, baca semua dan tafsir lah dengan bijak bukan emosi,

No comments:

Post a Comment