Pernahkah anda lihat bagaimana Mas Dangdut menari, sekejap goyang sekejap kurang goyang, apabila ramai tepok dia makin kuat goyang, bila kurang tepok dia kurang goyang.
Begitulah jua Puteri UMNO zaman Mas Ermieyati, apabila Perhimpunan Agung UMNO barulah sibuk nak susun Birolah, nak atur AJK lah. Apabila PAU berlalu esok, Puteri pun menjadi semakin lembek layu dan kaku. Itulah gambaran Puteri UMNO hari ini, Mas Ermieyati=Mas Dangdut.
Beberapa hari lalu Mas Ermieyati kata media konvensional masih laku. Kalau begitu, gerakkanlah Puteri UMNO ke rumah-rumah jumpa pengundi daftar pengundi bukan menunggu tetapi mencari. Jumpa satu persatu ikut cara konvensional. Selepas sebulan Konvensyen UMNO Selangor, nak tanya sikit Puteri UMNO Selangor dah berapa ketul daftar pengundi? Pasti tiada data bukan! Itu maknanya Puteri UMNO zaman Mas Ermieyati paling lembek dalam sejarah Puteri UMNO!
Belajarlah macamana Azalina dulu gerakkan Puteri UMNO. Berani bersuara, Kerja hebat, siber hebat, think-thank hebat, door to door, bukannya macam Dangdut sekejap goyang kuat sekejap goyang hilang.
UMNO dikata rasis kamu berdiam diri. Ada dengarkah ucapan Timbalan Presiden UMNO tadi...Di mana kelantangan Puteri? Tan Sri Muhyidin kata, Puteri seolah-olah ketandusan pemimpin untuk menjuarai kepentingan orang Melayu. Memang betul lah pun. Memalukan kena tegur Timbalan Presiden parti pun masih boleh tidur nyenyak di hotel lima bintang!
Kepada Puteri UMNO, berhentilah menari, berhentilah syok sendiri, berhentilah tebalkan make-up kamu. Apa idea dan program kamu pertahankan Akta Hasutan? Mana projek kamu menambah pengundi? Kenapa kamu berdiam diri apabila kalimah Allah dipermainkan? Di mana heroin-heroin kamu ketika tanah-tanah dan warung-warung orang Melayu dirampas di Pulau Pinang? Kamu ingat masuk Puteri UMNO nak bergaya sakan sahaja kah?
Jangan jadi Mas Dangdut!
No comments:
Post a Comment